close button

close button

KEPUTUSAN PENUH - Rangkuman Perlawanan Kelima Piala Malaysia 4 September 2012

http://speakerpecah.blogspot.com


Malam semalam telah berlangsunya Perlawanan Kelima Piala Malaysia 4 September 2012. Beberapa keputusan mengejutkan telah dicatatkan seperti Sarawak, ATM dan Selangor. Hanya berbaki satu perlawanan lagi bagi kempen Piala Malaysia ini sebelum beberapa pasukan layak ke peringkat Suku Akhir Piala Malaysia. Berikut merupakan Rangkuman Perlawanan Kelima Piala Malaysia 4 September 2012.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Kumpulan A 

PKNS 0-1 LIONS XII FC
Buat pertama kali rekod tanpa kalah pasukan jiran, Lions XII FC lebur di tangan PKNS selepas kalah 0-1 dalam satu perlawanan yang berlangsung di Stadium Petaling Jaya. Gol PKNS dihasilkan oleh Helmi Loussayef pada minit ke 90+2'.

JOHOR FC 1-3 JOHOR FA
Pertembungan 'adik-beradik' nampaknya begitu sengit di Stadium Perbandaran Pasir Gudang semalam. Gol Johor FA dihasilkan ada minit ke-19', 40' dan 52', manakala Johor FC pula pada minit ke-63'.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com 
Kumpulan B

TERENGGANU 0-2 ATM
ATM menebus kekecewaan ketika menentang Kelantan pada 1 September lalu dengan kemenangan 2-0 ke atas Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Gol ATM disempurnakan pada minit ke-75 dan 88'. ATM kini ditangga teratas peringkat kumpulan dengan 10 mata.

KEDAH 0-0 KELANTAN
Pertembungan dua pasukan dari Utara nampaknya begitu sengit apabila tiada jaringan yang berjaya dihasilkan pada malam semalam yang berlangsung di Stadium Darul Aman. Kedudukan terkini, Kelantan berada di bawah ATM dengan mengutip 8 mata. Untuk makluman, perlawanan ini telah disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM TV1.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com 
Kumpulan C

SIME DARBY 1-1 NEGERI SEMBILAN
Pasukan bertahan Piala Malaysia, Negeri Sembilan nampaknya ditentang sengit oleh tuan rumah dalam satu perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Keputusan yang mampu dicatatkan kedua-dua pasukan ini adalah seri 1-1. Sime Darby mula dihadapan pada mini ke-10 hasil jaringan daripada Ronaldinho. Namun, pelawat berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan daripada Alif Shamsudin pada minit ke-62. Negeri Sembilan kini ditangga teratas kumpulan dengan mengutip 9 mata.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
FELDA UNITED 2-2 PERAK
Dalam satu perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Felda United dan Perak hanya mampu seri 2-2. Hasil jaringan Perak hadir seawal minit ke-6 dan 50'. Manakala Felda United pula pada minit ke-11 dan 85'. Felda kini berada di tangga kedua peringat kumpulan dengan berkongsi 6 mata dengan Sime Darby.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Kumpulan D

SARAWAK 6-1 T-TEAM
Sarawak berjaya mencipta kejutan selepas menang besar 6-1 semalam ke atas T-Team di Stadium Sarawak. Hasil jaringan Sarawak disempurnakan oleh Joel Epalle (43', 66'), Azizan Saperi (58'), Bobby Gonzalez (74'), Mohd Rasyid Aya (78') dan satu gol pada minit ke-83. Gol T-Team pula hadir pada minit ke-90. Sarawak kini menghuni di tangga ketiga peringkat kumpulan dengan 7 mata.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
PAHANG 1-4 SELANGOR
Pahang kebelakangan ini nampak konsisten dengan kemangan besar, namun malam semalam berlaku sebaliknya. Pahang terpaksa akur selepas tewas 1-4 ke atas Selangor dalam satu perlawanan yang berlangsung di Stadium Darulmakmur. Gol Selangor disempurnakan oleh Amri Yahya (14', 52'), Bosko Balaban (36'), Rozaimi Abdul Rahman (59'). Sementara Pahang pula pada minit ke-74. Pahang kini kekal ditangga teratas peringkat kumpulan dan berkongsi 10 mata bersama Selangor.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Berikut merupakan kedudukan terkini selepas Perlawanan Kelima Piala Malaysia 4 September 2012.

http://speakerpecah.blogspot.com
Gambar - Dunia Sukan Online

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.