close button

close button

KEPUTUSAN PENUH - Rangkuman Perlawanan Keempat Piala Malaysia 1 September 2012

http://speakerpecah.blogspot.com


Malam semalam telah berlangsungnya Perlawanan Keempat Piala Malaysia 1 September 2012. Nampaknya, saingan bagi lapan perlawanan berlangsung dengan sengit dan terdapat beberapa pasukan berjaya meraih kemenangan besar dan mempunyai peluang cerah untuk mara ke peringkat suku akhir. Berikut merupakan Rangkuman Perlawanan Keempat Piala Malaysia 1 September 2012.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kumpulan A

LIONS XII FC 1-0 JOHOR FA
Lions XII garang beraksi di tempat sendiri apabila berjaya menewaskan Johor 1-0 hasil jaringan gol tunggal Khairul Amri di Stadium Jalan Besar malam tadi. Pada perlawanan ketiga sebelum ini, Lions XII mengungguli tangga pertama Kumpulan A. Kemenangan itu memberi langkah yang mudah untuk beraksi ke peringkat seterusnya. Lions XII akan bertandang ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Selasa ini. Johor tidak berjaya mencipta sebarang gol sehingga tamat waktu permainan, seterusnya menyukarkan langkah untuk beraksi di peringkat suku akhir.

JOHOR FC 2-1 PKNS
Johor FC telah melakukan sekurang-kurangnya tiga kali cubaan berbahaya pada separuh masa pertama. Namun PKNS berjaya menguasai permainan hasil jaringan gol pada minit ke-25 oleh Norhakim Hassan. Namun Johor FC merapatkan jurang 1-1 pada minit ke-63 jaringan gol pemain import Arthuro Henrique. Kemudian Arthuro memastikan Johor FC mendominasi permainan dengan menambah gol kedua peribadinya pada minit ke-79 seterusnya Johor FC mempunyai peluang besar untuk ke suku akhir.

Kumpulan B

KELANTAN 4-3 ATM
Kelantan beraksi cemerlang selaku tuan rumah berjaya menewaskan ATM 4-3 sekali gus Kelantan mempunyai peluang cerah ke saingan suku akhir. Dengan berakhirnya empat perlawanan setakat ini, Kelantan kini berkongsi mata dengan ATM setelah meraih enam mata keseluruhan dalam saingan Kumpulan B.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
TERENGGANU 1-1 KEDAH
Teregganu sekadar seri 1-1 dengan Kedah di Stadium Sultan Ismail malam tadi. Terengganu setakat ini berada di tangga ketiga dalam Kumpulan B dan diikuti dengan Kedah. Agak gusar untuk mengatur melayakkan diri ke suku akhir. Bagaimanapun kutipan mata Kedah sama dengan Terengganu, masing-masing mengutip empat mata. Saingan seterusnya Kedah harus beraksi dengan cemerlang bagi memudahkan laluan ke peringkat seterusnya. Begitu juga dengan Terengganu.

Kumpulan C

PERAK 0-1 NEGERI SEMBILAN
Negeri Sembilan terus melakar kemenangan apabila menewaskan Perak 1-0 di stadium Perak malam tadi. Skuad seladang buntu untuk mencipta sebarang gol. Namun pada minit-minit terakhir sebelum tamat separuh masa pertama, Negeri Sembilan dihadiahkan sepakan penalti. Pemain import Negeri sembilan, Jean Effa Owona berjaya menjaringkan gol tunggal bagi pasukannya itu. Negeri sembilan ternyata mudah untuk melangkah ke suku akhir manakala peluang Perak untuk beraksi di peringkat suku akhir adalah tipis.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
SIME DARBY 3-3 FELDA UNITED
Sime Darby dan Felda United sekadar seri 3-3 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) malam tadi. Jaringan gol seri bagi kedua-dua pasukan sekali gus masing-masing mengutip lima mata. Namun perlawanan seterusnya Sime Darby akan menentang Negeri Sembilan, manakala Felda United menentang Perak. Bagaimanapun peluang kedua-dua pasukan ini masih terbuka luas untuk layak ke suku akhir. Negeri Sembilan mengutip lapan mata, Felda United (lima), Sime Darby (lima) dan Perak (dua).

Kumpulan D

SARAWAK 2-3 PAHANG
Pahang berjaya mengekalkan kejuaraannya 3 berbalas 2 dalam saingan Kumpulan D menentang Sarawak malam tadi di Stadium Negeri, Kuching. Pahang yang membenam Sarawak 6-0 pada perlawanan ketiga minggu lalu, sekali lagi berjaya menundukkan lawannya. Prestasi Pahang yang sangat cemerlang telah membuka peluang yang cerah untuk mara ke suku akhir. Pahang setakat ini merupakan pendahulu kutipan sebanyak 10 mata. Sarawak bagaimanapun berjaya mengutip empat mata setakat ini, namun peluang masih terbuka untuk Sarawak beraksi ke peringkat seterusnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
SELANGOR 2-1 T-TEAM
Selangor sekali lagi menumpaskan T-Team 2-1 di Stadium Shah Alam, Selangor yang menguasai permainan sememangnya tidak mengecewakan penyokongnya. Selangor kini melonjak ke tangga kedua dalam saingan Kumpulan D dengan kutipan tujuh mata. Kemenangan ini memberi Selangor kedudukan yang selesa. Sementara itu, T-Team berjaya mengutip satu mata sahaja ketinggalan jauh dalam saingan Piala Malaysia musim ini. Peluang T-Team yang agak kritikal untuk mara ke suku akhir mungkin akan terhapus sekiranya T-Team berjaya mencipta kemenangan besar ke atas Sarawak Selasa ini.

Berikut merupakan carta terkini untuk Perlawanan Keempat Piala Malaysia 1 September 2012.

http://speakerpecah.blogspot.com
Gambar - Dunia Sukan Online

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.