close button

close button

Isu Masalah Disiplin Pemain Terengganu: PBSNT Minta Laporan Butler

http://speakerpecah.blogspot.com


Berikutan masalah disiplin dua orang pemain Terengganu yang membawa perempuan balik ke hotel, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menegaskan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak boleh berkompromi dalam menangani dua pemain itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kita kena ikut peraturan dan tidak boleh berkompromi dengan mereka (dua pemain itu). Kita tidak mahu pemain yang tidak berdisiplin ini berada dalam pasukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dua pemain skuad Penyu yang dihukum keras oleh pengendali Peter James Butler kerana membawa perempuan balik ke hotel penginapan pada Selasa lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ahmad berkata, beliau menyerahkan kes ini kepada pengurusan PBSNT dan tidak kisah mengenai kehilangan dua pemain ini kerana Terenggani masih mempunyai beberapa tonggak bintang muda untuk digilap.

Sementara itu, pengurus pasukan, yang juga Yang Dipertua PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh berkata, persatuan itu belum menerima sebarang maklumat dan laporan daripada Butler berhubung salah laku dua pemain terbabit. Dalam pada itu, beliau kecewa kerana perkara sedemikian berlaku ketika pasukan Terengganu bergelut untuk merebut slot ke pusingan suku akhir Piala Malaysia 2012.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Che Mat juga berkata, apa yang penting sekarang ini ialah Terengganu mesti menang semua perlawanan pusingan kedua saingan kumpulan, dan bukan mengadakan alasan jika kalah. -ESPN Star

1 komen:

  1. Buang jer.. Nanti dapat balasan sbb bersubahat jgn ambil pemain bermasalah. Jgn rosakkn liga Malaysia

    ReplyDelete

Powered by Blogger.