close button

close button

Ismail, Muslim Ambil Tindakan Saman Terhadap Butler

http://speakerpecah.blogspot.com


Semakin panas tentang isu kontroversi yang melibatkan dua pemain tonggak utama skuad Penyu, Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad dengan jurulatih mereka, Peter Butler. Terbaru, kedua-dua pemain ini bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang di atas keceluparan mulut jurulatih import dari England berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Ismail dan Muslim, dakwaan jurulatih tentang isu mereka membawa perempuan balik ke hotel sukar dimaafkan. Mereka juga sudah bersuaha untuk tidak memanjangkan kes ini, tetapi keengganan dan kedegilan memohon maaf secara terbuka membuatkan mereka terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap Butler.

Dalam pada itu, Ismail dan Muslim sudah melantik peguam dan perbincangan lanjut mengenai tindakan undang-undang ke atas tuduhan mereka itu pada Selasa lalu cukup mengaibkan diri dan keluarga mereka.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya dan Ismail sekali lagi ulangi dan berani bersumpah tidak membawa masuk perempuan ke bilik penginapan.

"Kini peguam yang dilantik sedang berusaha mendapatkan rakaman melalui kamera litar tertutup (CCTV) di hotel.

"Kami juga mencabar Butler mengemukakan bukti di atas tuduhannya itu, tetapi selepas lima hari (mulai Rabu lalu), jurulatih itu gagal menunjukkan sebarang bukti, sebaliknya terus menerus membuat tuduhan yang cukup mengaibkan kami melalui media massa," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sebelum ini Butler telah diarahkan memberi laporan berhubung kes berkenaan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), namun sehingga petang semalam, jurulatih itu masih belum berbuat demikian.

"Dia hanya membuat tuduhan berdasarkan maklumat orang ketiga, sebagai jurulatih profesional dia sepatutnya tidak terus menghukum kami, sebaliknya menyiasat secara terperinci terlebih dahulu.

"Jalan penyelesaian antara kami sudah berakhir dan Butler akan menerima padah atas keceluparannya," katanya lagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mengenai tindakan Butler enggan menyenaraikan namanya dalam skuad Penyu sepanjang menjadi jurulatih, Muslim yang juga bekas pemain skuad Harimau Muda A, berkata:

"Saya dan Ismail bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan pengurusan itulah yang membayar gaji serta elaun kami setiap bulan.

"Sebagai seorang pekerja, kami tetap akan turun menjalani latihan,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam pada itu, skuad Terengganu bakal bertemu ATM di laman sendiri untuk Perlawanan Kelima Piala Malaysia 4 September 2012. Peluang Terengganu untuk ke peringkat suku akhir bakal cerah sekiranya mereka menang dua baki perlawanan lagi.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.