close button

close button

Batal Niat Mahu Sembelih Ayam Berkaki Empat

http://speakerpecah.blgospot.com


Seorang warga emas dari Banir Belikong, Pasir Puteh, Kelantan terpaksa membatalkan hasratnya untuk menyembelih seekor ayam apabila dia mendapati ayam yang dibeli anaknya itu mempunyai empat kaki berbanding dua kaki pada lazimnya. Ismail Awang Teh, 70, berkata, dia menyedarinya ketika mahu menyembelih ayam tersebut di sebuah gerai pemprosesaan ayam milik anaknya, Adnan Yusof, 44, pada jam 7.30 pagi kelmarin.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Menurutnya, ayam istimewa itu berbeza dengan ayam-ayam lain kerana tidak banyak bergerak ketika hendak disembelih.

“Saya akan memelihara ayam ini kerana inilah kali pertama saya menemui ayam berkaki empat, dua kaki normal dan dua lagi berada di bahagian punggung.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
“Walaupun kaki di belakang seperti tidak mempunyai fungsi tetapi ia lengkap,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Bagaimanapun, ayam tersebut tidak disembelih sebaliknya terus diternak keluarga tersebut kerana menganggap ia sukar dimiliki.

Sebelum ini blog kami ada juga melaporkan seorang suri rumah yang nyaris memasak kari ayam berkaki empat apabila dia secara tidak sengaja membeli ayam pelik itu yang mempunyai lebihan dua kaki di bahagaian punggung ayam tersebut. Menurutnya, dia tidak mahu meneruskan hasrat untuk menjadikan ayam tersebut sebagai hidangannya kerana khuatir tidak berselera untuk dijamah.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.