close button

close button

Wanita Jadi Mangsa Ragut, Hampir Putus Pergelangan Tangan (2 Gambar)



KOTA BHARU - Seorang pembantu klinik swasta hampir putus pergelangan tangan kirinya selepas ditetak oleh salah seorang daripada dua peragut di hadapan sebuah pusat jualan di jalan Sultanah Zainab di sini, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kejadian yang berlaku pada jam 1.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Rohaini Abdullah, 36, sedang berjalan berseorangan di hadapan pusat jualan berkenaan untuk ke tempat letak keretanya yang tidak jauh dari situ.

Ketika melalui jalan tersebut, dua peragut cuba menghampiri mangsa dan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan salah seorang daripada peragut terbabit bertindak menetak tangan mangsa menggunakan objek tajam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan mangsa baru sahaja menamatkan kerja shif siangnya sebelum kembali smeula untuk shif malam.

Bagaimanapun, ibu kepada dua anak itu pengsan selepas kejadian dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk menerima rawatan lanjut.

Menurut saksi kejadian, Hidayah Daud, 21, kejadian itu berlaku di hadapan pusat jualan tudung berkenaan yang merupakan tempat dia bekerja.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Ketika kejadian saya lihat peragut berkenaan menarik beg tangan mangsa namun tidak berhasil apabila mangsa berjaya menariknya.

“Selepas itu mangsa mula menjerit meminta tolong dan pergelutan di antara mereka kemudian terus berlarutan sehingga ke tepi jalan,” katanya.


Hidayah berkata, menyedari mangsa masih tidak melepaskan beg tangannya, salah seorang daripada peragut itu bertindak ganas dengan menetak pergelangan tangan kiri mangsa.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Mangsa ditetak lebih tujuh kali sehingga terjatuh dan masa itu darah telah berlumuran pada tangan mangsa. Selepas itu peragut tersebut telah bertindak melarikan diri dengan membonceng motosikal yang ditunggang seorang lagi rakanya yang sudah menunggu apabila menyedari kehadiran orang ramai di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, peragut bagaimanapun tidak sempat melarikan barangan berharga daripada mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan serius iaitu luka sedalam 38 mm dan putus urat pergelangan tangan kiri.

Katanya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan serta meminta orang ramai tampil membantu siasatan.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.