close button

close button

Tauke, Meera Sah Bercerai Sejak 2 Minggu Lalu

http://speakerpecah.blogspot.com


Pelawak dari program realiti Raja Lawak terbitan Astro, Tauke, mengesahkan bahawa dia dan isterinya sudah pun bercerai sejak dua minggu lepas. Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria, 36, menjelaskan bahawa dia sudah melafazkan cerai talak satu ke atas Meera, 23, pada 12 Ogos yang lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Sekarang saya sudah tiada apa-apa hubungan dengan dia dan memang saya sudah kembali solo sejak dua minggu yang lalu,” katanya.

Sebelum ini kecoh ada yang mengatakan rumah tangga yang dibina Tauke dan Meera yang baru berusia beberapa bulan berdepan masalah besar. Mereka dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dan khabarnya Tauke juga sudah lama tidak bertemu dengan Meera pada ketika itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Memang benar sebelum ini rumah tangga kami dilanda krisis agak besar apabila dia keluar dengan membawa semua pakaiannya, pada bulan Julai lalu dan puncanya biarlah saya rahsiakan saja," katanya ketika menjawab dakwaan tersebut.

Perkahwinan Tauke dengan model sambilan itu berlangsung pada April lalu dan dia mempunyai enam anak hasil daripada dua perkawinan pertamanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketika ditanya sama ada dia sudah serik untuk berkahwin lagi, Tauke berkata: “Kalau ada jodoh pada masa akan datang, saya tidak akan menolak tetapi apa-apa pun saya kini mahu lebih fokus kepada kerjaya terlebih dahulu." - Sinar Harian

2 komen:

  1. Lawa JANDA TAUKE...

    ReplyDelete
  2. jadi artis macam ni la cabarannya..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.