close button

close button

Tangan Hancur Dimamah Mesin Tebu

http://speakerpecah.blogspot.com


Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun, hilang pergelangan tangan bukan kerana bermain mercun, sebaliknya tersepit pada mesin air tebu minggu lalu. Mangsa, Mohd Hafiz Haikal Shaharuddin yang baru mendapat pendidikan di Tabika Perpaduan Kuala Pegang, kudung pergelangan tangan kananya kerana hancur dan kini masih dalam proses pemulihan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut ibunya, Siti Aishah, 33, kejadian berlaku ketika dia bersama dua anaknya termasuk mangsa singgah ke sebuah gerai air tebu di Sungai Limau selepas pulang membeli barnagan dapur di sebuah pasaraya, di sini pada 31 Julai lalu.

“Pada hari itu, Mohd Hafiz begitu beria-ria untuk minum air tebu kerana memang gemarkannya. Malah dia nampak seakan tidak sabar untuk minum. Perangainya amat menghairankan, seolah-olah saya tidak pernah membelikannya air tebu,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, ketika singgah di gerai untuk membeli air tebu, hanya dia yang keluar dari kenderaan, manakala Mohd Hafiz dan kakaknya, Nurul Intan Safira, 9, berada di dalam kereta.

"Secara tiba-tiba, Hafiz keluar dari kenderaan dan terus meluru serta mencapai mesin tebu yang sedang berfungsi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya tergamam melihat mesin tebu itu terus menyepit tangannya. Saya lihat depan mata cebisan daging jatuh ke atas tanah.

“Saya hanya mampu mengucap panjang sementara menunggu pemilik mesin itu mengeluarkan tangan anak saya,” katanya.

Siti Aishah berkata, Mohd Hafiz langsung tidak menangis mahupun mengerang kesakitan walaupun mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan tangannya dari mesin berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mohd Hafiz yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik itu terus dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan.

Siti Aishah berkata, tangan anaknya tidak dapat disambung semula akibat cebisan tangannya hancur dan kini masih lagi mendapatkan rawatan susulan di Hospital Baling.






Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.