close button

close button

Suri Rumah Nyaris Masak Ayam Berkaki Empat

http://speakerpecah.blogspot.com


TUMPAT - Seorang suri rumah nyaris memasak kari ayam berkaki empat apabila dia secara tidak sengaja membeli ayam pelik berkenaan yang mempunyai empat kaki. Dua daripada kakinya tumbuh di bahagian punggung ayam tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Hasnah Yahya, 48, berkata, dia membeli ayam berkenaan di sebuah gerai menjual ayam di Chabang Tiga Berangan di sini, untuk dijadikan kuah roti jala pada hari raya kedua lalu.

“Saya ke gerai ayam itu membeli dua ekor ayam untuk dijamu kepada sanak saudara.

“Masa membeli ayam ini memang saya tidak perasan ia mempunyai empat kaki.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Mungkin masa itu ramai pelanggan, beratur panjang juga saya untuk mendapatkan dua ekor ayam ini, cuma seekor sahaja yang berkaki empat,” katanya.

Menurutnya, dia menyedarinya selepas menyediakan rempah di dapur untuk memasak kari ayam dan ketika ingin menyiangnya, dia terpegang kaki ayam berkenaan.

“Terkejut saya seketika dengan penemuan pelik ini kerana seumur hidup saya ini pertama kali saya melihat ayam berkaki empat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Tetapi sayang ia sudah disembelih, kalau tidak mungkin ayam ini akan dipelihara,” katanya.

Hasnah berkta, walaupun kaki ayam itu terpotong, dia tidak meneruskan hasratnya untuk memasak kari ayam pada hari tersebut kerana khuatir tidak berselera untuk dijamah.

“Saya batalkan niat untuk memasak kari ayam berkaki empat ini kerana khuatir tidak berselera untuk menjamah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Ayam pelik ini seberat dua kilogram yang dibeli dengan harga RM10 diberikan kepada saudaranya dan sehingga kini masih disimpan di dalam peti sejuk,” katanya. - Sinar Harian

1 komen:

  1. aku pun takde selera nak jamah ayam dah ni huhu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.