close button

close button

Shila Amzah Kini Tampil Dengan Imej Bertudung (5 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com


Seperti yang sudah sedia maklum, penyanyi popular Shila Amzah sebelum ini sudah mengenakan tudung sejak 1 Ramadhan yang lalu. Namun, keputusannya yang ingin memakai tudung sekadar suka-suka akhirnya berubah apabila dia tekad untuk kekal dengan imej tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata, dia membuat keputusan itu pada Sabtu lalu selepas 15 hari melalui "tempoh percubaan" dan berazam untuk kekal sedemikian sehingga ke akhir hayat.

"Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung.

"Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah," katanya di dalam laman mStar Online.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, kekasihnya, Sharzaan Ahmad tidak menyangka dengan perubahan drastik yang dilakukannya namun gembira dengan imej terbaru itu

Shila berkata, dia sememangnya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah dia juga sudah mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan.

Sementara itu, walaupun tampil dengan imej berkenaan, Shila tetap meneruskan kariernya sebagai seorang penyanyi dan bakal muncul dengan album terbaru pada awal tahun depan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya masih lagi menyanyi, tetapi tak adalah nak menari sakan macam dahulu. Pemilihan lagu pula lebih ke arah balada dan pop. Semoga perubahan diri ini membawa keberkatan yang lebih bermakna," tuturnya.

Berikut kami kongsikan beberapa keping gambar Shila Amzah bertudung.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com

#Alhamdulillah - Pakai tudung (aurat) bukan tunggu seru, tetapi ia WAJIB dalam Islam.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.