close button

close button

Rumah Sewa Penyanyi Alleycats Terbakar



GEORGE TOWN - Rumah milik penyanyi Alleycats, mendiang Datuk A. Loganathan di Jalan Azyze Tanjung Bungah di sini musnah dalam kebakaran, semalam. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi itu bermula daripada satu letupan yang didengari oleh balu mendiang, Datin Susan Loganathan, 56, dan melihat kepulan asap di tingkat atas rumah dua tingkat itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya hanya tinggal berdua dengan adik saya, Kevin Jonathan Boudville, 46, dan sebaik sahaja melihat asap itu itu kami segera mencapai dokumen penting dan terus keluar dari rumah," katanya.

Susan yang mengalami cedera ringan pada tangan dan sedikit rambutnya terbakar, berkata tingkat atas kediamannya yang menempatkan koleksi piring hitam nyanyian mendiang suaminya sejak tahun 1980-an dan pelbagai barnagan berharga seperti barang kemas serta wang tunai hangus dijilat api.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Abang mendiang, Datuk A. David yang turut melawat lokasi kejadian berkata kali terakhir beliau berkunjung ke rumah adiknya pada tahun lepas.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Bagan, Jermal, A. Ravi, berkata sebanyak 29 anggota bomba dan enam jentera dihantar ke tempat kejadian sejurus menerima laporan pada pukul 11.18 pagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com





Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.