close button

close button

Rumah Pelakon Imuda Dipecah Masuk, Rugi RM7,000

http://speakerpecah.blogspot.com


Pelawak dan pelukis terkenal, Ab Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda mengalami kerugian sebanyak RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali, di sini dipecah masuk pencuri baru-baru ini.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Bagaimanapun, pelakon berusia 52 tahun itu hanya menyedari kejadian itu kira-kira jam 3 petang kelmarin selepas beliau bersama keluarganya baru pulang setelah bercuti selama 10 hari di Pulau Pinang.

"Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya. Menurutnya, suspek berkemungkinan terdiri daripada tiga atau empat orang dan masuk melalui tingkap dan jeriji hadapan yang diumpil menggunakan pemutar skru.

"Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Menurut pelakon sitkom komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' lagi, kes pecah rumah dan ragut telah banyak kali berlaku di kawasan kediamannya dan isterinya, Zabarina Haja Mushadi, 30, pernah cuba diragut namun diselamatkan jiran yang melihat kejadian itu.

"Bulan lepas rumah jiran hadapan saya juga pernah dimasuki perompak," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
"Kita sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda," katanya.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.