close button

close button

Rugi RM300 Selepas Diperdaya Beli iPhone 4 Tiruan

http://speakerpcah.blogspot.com
Gambar hiasan.


KERTEH - Seorang jurupam yang bekerja di sebuah stesen minyak dekat sini terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM300 kerana diperdaya oleh seorang lelaki yang kononnya menjual sebuah telefon bimbit pintar jenis iPhone 4 yang sebenar, sebaliknya ianya hanya telefon bimbit sampel sahaja dan tidak boleh digunakan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang kelmarin, Zuraini Idris, 18, yang tertarik dengan harga murah yang ditawarkan lelaki itu berumur dalam lingkungan 30-an yang tiba-tiba datang ke stesen tempatnya bekerja membuat keputusan membeli telefon itu sebelum menyedari telefon berkenaan hanyalah telefon sampel. Tambahnya, selepas menerima bayaran, lelaki itu keluar dari stesen minyak dan berlalu dengan teksi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Waktu didatangi lelaki itu, saya berada di kaunter di dalam kedai. Sebelum itu, dia tawarkan iPhone 4 itu dengan harga RM500 kepada pelanggan yang sedang mengisi minyak. Ada antara pelanggan yang tawarkan harga RM100 tetapi dia tak mahu.

“Lepas itu dia masuk ke dalam kedai dan tawarkan kepada saya. Ketika itu dia cakap ‘saya mahu cari makan’ dan tambahnya ‘ambik angkat RM300’. Dengan tawaran harga murah saya berminat jadi saya suruh dia buka kad Sim dan dia buka. Malah, dia turut mengambil gambar untuk tunjukkan kamera telefon itu bagus,” katanya
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Justeru, saya bersetuju beli telefon itu dengan harga RM300. Saya pinjam duit kawan dan apabila saya bayar lelaki itu tergesa-gesa beri telefon yang dikeluarkan dari poketnya dan segera beredar keluar. Tetapi, telefon itu tidak berfungsi walau saya sudah tekan butang ‘on’ dan saya rasa telefon yang diberi kepada saya bukan telefon seperti yang ditunjukkan pada saya sebelum itu.

“Pagi tadi saya pergi kedai telefon dan pemilik kedai beritahu telefon ini tak boleh guna dan hanya telefon untuk pameran,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Berikutan itu, Zuraini berharap orang ramai tidak mudah terpedaya dan menjadikan peristiwa yang menimpanya sebagai pengajaran. - Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.