Aug 10, 2012

Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember Dibuka 13 Ogos Ini

http://speakerpecah.blgospot.com


Bagi pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan sijil politeknik kementerian, borang permohonan memasuki politeknik Kementerian Pengajian Tinggi bagi sesi Disember tahun ini akan mula dijual pada 13 Ogos ini.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Mejar (K) Md Nor Yusof berkata, sebanyak 20,500 tempat ditawarkan di 30 politeknik seluruh negara bagi pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan sijil politeknik kementerian itu dan tarikh tutup permohonana ialah pada 23 September 2012.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagi yang berminat, mereka boleh memperoleh nombor pin di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional dengan harga RM10.60 dan membuat permohonan secara online di www.politeknik.edu.my.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, jenis kursus yang ditawarkan terdiri daripada 24 kursus peringkat sijil dan 24 kursus peringkat diploma bagi lulusan SPM atau STPM, dan 13 jenis kursus peringkat diploma bagi lulusan Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Katanya lagi, keputusan permohonan dijangka diketahui pada 3 November dan pelajar yang berjaya akan mula mendaftar pada 17 Disember.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sebarang pertanyaan berhubung kemasukan ke politeknik berkenaan boleh diajukan ke Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Aras 4, Galeria PjH, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya atau telefon 03-8891 9240/9255. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment