close button

close button

Penumpang Panik, Staf AirAsia Terjun Pesawat

http://speakerpecah.blogspot.com


MIRI - Beratus-ratus penumpang sebuah pesawat AirAsia Berhad (AirAsia) menghadapi detik cemas apabila seorang penumpang bertindak membuka pintu kecemasan lalu terjun ketika pesawat itu dalam kedudukan sedia untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri, di sini malam kelmarin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Lebih mengejutkan lagi, siasatan mendapati penumpang berkenaan yang dikenali sebagai Chong, 24, dipercayai staf syarikat penerbangan tambang murah itu sendiri.

Pada hari kejadian, dia dikatakan tidak bekerja tetapi menaiki pesawat AK587 itu bersama teman wanitanya untuk menuju ke Kuala Lumpur.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, tindakan gila lelaki itu yang membuka pintu kecemasan yang terletak di bahagian tengah pesawat menyebabkan pesawat berkenaan berhenti dengan serta-merta.

Sementara itu, salah seorang penumpang yang menaiki pesawat sama berkata, sebaik pesawat tersebut mahu berlepas, Chong menjerit "saya mahu pulang" sebelum meninggalkan kerusinya dan membuka pintu kecemasan. Tindakan itu menyebabkan pesawat berhenti mengejut dan membuatkan semua penumpang lain mula menjerit dan panik.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, Chong tidak mengalami sebarang kecederaan namun dibawa ke Hospital Miri untuk menerima rawatan selanjutnya.

Kejadian tersebut menyebabkan penerbangan tersebut tergendala dan penerbangan hanya dapat diteruskan pada pukul 11 malam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com









Sumber: Kosmo

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.