close button

close button

Pelakon Baru, Talha Harith Dakwa Terkena Sihir Peminat

http://speakerpecah.blogspot.com


Pelakon baru, Talha Harith yang sebelum ini berlakon dalam drama bersiri Juvana, menjadi mangsa terbaru perbuatan ilmu hitam apabila dia mengalami muntah darah dipercayai perbuatan seorang wanita yang jatuh cinta kepadanya.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Menurut Talha, 22, dia tidak pernah menyedari bahawa dirinya terkena sihir itu sehingga dimaklumkan selepas selesai menjalani proses berubat secara tradisional pada malam Khamis lalu.

“Kebetulan rakan saya merupakan anak murid kepada seorang pengamal perubatan alternatif. Dia telah melihat kelainan kepada diri saya.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
“Daripada situlah saya pergi berubat cara perubatan Islam selama tiga hari dan alhamdulillah segalanya sudah pulih. Saya harap perkara ini tidak berulang,” katanya.

Talha berkata, dia sebelum ini tidak pernah mengalami sebarang perkara pelik sehingga ditegur rakannya itu.

“Saya tidak pernah sedar yang saya sudah terkena perbuatan ilmu hitam kerana tidak ada sebarang perkara pelik atau kesakitan yang berlaku selama ini.

“Cuma, ketika proses berubat orang keliling memberitahu, saya berada dalam keadaan tidak sedar dan mengalami muntah darah tetapi tidak serius,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Menurutnya, dia dimaklumkan perbuatan itu dilakukan oleh peminat wanita yang dipercayai memendam perasaan kepadanya selama ini.

“Saya benar-benar berharap, ‘benda’ yang dihantar kepada saya itu sudah keluar sepenuhnya. Apabila difikirkan semula, saya berasa pelik dengan apa yang berlaku.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
“Namun, saya cuba renung kesilapan sendiri yang mungkin pernah melukakan hati orang secara sedar atau tidak. Sekiranya ada yang pernah terasa hati, saya memohon maaf,” katanya.

Sebelum ini, akhbar Metro Ahad bertarikh 5 Ogos 2012, ada melaporkan seorang pelakon terkenal, Razali Hussain, turut terkena buatan orang sehinggakan suaranya hilang seketika gara-gara menolak lamaran untuk menjadi suami kepada seorang peminat wanitanya. - mStar Online

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.