close button

close button

Padah Ponteng Kelas, Bahu Pelajar Tercucuk Bilah Pagar

http://speakerpecah.blogspot.com


BEIJING - Gara-gara ingin melarikan diri dari kelas, seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai De Fang di sini menderita kesakitan apabila bahunya ditembusi pagar sekolah. Dia dilaporkan cuba untuk melarikan diri dari kelas dan memanjat pagar sekolahnya di daerah Suixi di wilayah Anhui, tengah China.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, De, 16, tersilap langkah ketika memanjat pagar berkenaan dan tergelincir, menyebabkan satu daripada bilah pagar itu tercucuk pada bahu kanannya. De dikatakan sempat menjerit meminta tolong daripada orang ramai.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dia bagaimanapun bernasib baik kerana jeritannya segera didengari pelajar lain yang bertindak pantas menghubungi pihak sekolah sebelum sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan De.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Saksi berkata, anggota bomba terpaksa mengangkat tubuh De ke udara untuk beberapa ketika sebelum mereka dapat memotong pagar berkenaan. Dia kemudian dikejarkan ke hospital tempatan untuk menjalani pembedahan kecemasan. Jurucakap hospital berkata, doktor memerlukan masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan bilah besi itu sebelum dapat merawat kecederaannya. Sementara itu, De berkata, dia berasa begitu gementar ketika melompat pagar berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Keadaan itu, katanya, menyebabkan tapak tangannya basah kerana berpeluh. “Saya tersalah langkah dan tergelincir ketika memanjat pagar,” katanya.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.