close button

close button

Mahkamah Arah Aidil Fokus Kepada Hal Kahwin

http://speakerpecah.blogspot.com


Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak diarah oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Petaling jaya supaya memberi keutamaan kepada hal-hal berkaitan perkahwinan berbanding dengan karier bola sepak.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad, kes mahkamah ini adalah melibatkan hubungan suami isteri dan perkara berkenaan tidak boleh dipandang remeh.

“Saya minta peguam nasihat plaintif (Mohd. Aidil) kena ambil kira mana lebih penting sama ada kes mahkamah atau main bola, kena korban salah satu, ini tentang hidup mati, pahala dosa, kalau tidak main bola tidak berdosa,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Wan Mahyuddin berkata demikian semasa sebutan kes permohonan kembali taat yang difailkan Mohd. Aidil terhadap isterinya, pelakon, Rita Rudaini Mokhtar supaya dia dan dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1, menetap di rumah yang disediakan di USJ1 di sini.

Perkata tersebut terbangkit susulan permintaan peguam syarie, Datuk Zaidi Mohd Zain yang mewakili Rita supaya Mohd Aidil mengemukakan dokumen berhubung ketidakhadiran plaintif dalam prosiding kes pasangan itu semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mohd Aidil Zafuan gagal menghadiri prosiding semalama kerana sedang menjalani latihan bola sepak di Austria.

Sehubungan itu, beliau yang hadir bagi pihak peguam syarie Ahmad Nazib Johari iaitu peguam kepada Mohd. Aidil bersetuju mengemukakan salinan surat pengesahan bertulis daripada plaintif sekiranya dia gagal hadir ke mahkamah kelak.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Noor Azlina berkata, dia juga telah memfailkan afidavit jawapan kepada bantahan Rita berhubung permohonan kembali taat dan diserahkan kepada defendan semalam.

Merujuk arahan mahkamah supaya kedua-dua pihak berunding bagi mencari jalan penyelesaian, peguam memberitahu setakat ini tiada rundingan dibuat secara rasmi antara kedua-duanya. Wan Mahyuddin menetapkan 3 Oktober depan untuk sebutan semula bagi defendan memfailkan afidavit balasan terhadap jawapan plaintif.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com







Sumber: Kosmo!

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.