close button

close button

Khasiat Bawang Yang Perlu Anda Tahu

http;//speakerpecah.blogspot.com


Bawang adalah antara perencah penting digunakan untuk melazatkan makanan. Kebanyakan masakan menggunakan bawang sebagai bahan perencah utama di samping bahan lain seperti bawang putih, halia dan kunyit. Sesetengah lauk seperti ikan atau sayuran masak lemak pula hanya menggunakan bawang dan kunyit sebagai perencah utama. Apakah faedah bawang kepada kesihatan yang diambil dalam bentuk masakan dan dari sisi perubatan tradisional?
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Artikel ini memfokuskan perbincangan mengenai bahagian pokok bawang yang membesar di dalam tanah berbentuk bulat atau bujur telur dikenali sebagai umbisi (bulb). Terdapat pelbagai jenis bawang yang berbeza dari segi saiz, warna dan bau. Warna bawang terdiri daripada putih, kuning, merah jambu dan ungu. Dari segi bau, bawang berwarna putih paling kurang tajam baunya. Bau semakin tajam daripada warna kuning ke merah jambu dan seterusnya ke ungu.

Keamatan bau dikaitkan dengan kandungan sejenis bioflavonoid kategori flavonol iaitu quercetin. Bawang berwarna putih paling kurang kandungan quercetin. Kandungan quercetin semakin tinggi menurut turutan menaik warna bawang iaitu putih, kuning, merah jambu dan ungu. Kerana warna ungu gelap maka bawang ros iaitu sejenis bawang kecil dari India memiliki paras quercetin paling tinggi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Apakah kehebatan quercetin? Ia memiliki sifat terapeutik yang jika disenaraikan amatlah panjang. Kandungan quercetin dalam bawang didapati mencapai sehingga 48,100 bahagian per sejuta bersamaan 48.1 gram untuk setiap 1 kilogram bawang. Seperti dinyatakan di atas kandungan quercetin berbeza-beza menurut bau dan warna bawang. Antara sifat terapeutik quercetin yang utama ialah antioksidan, analgesik (mengurangkan rasa kesakitan), mencairkan darah, anti-penuaan, anti-asma, anti-artritis, antibakteria, antivirus dan anti-flu.

KHASIAT QUERCETIN

Quercetin juga bersifat anti-katarak, anti-diabetes, anti-ulser, anti-tumor, anti Penyakit Crohn (sejenis penyakit melibatkan usus), memelihara kesihatan hati, anti-candida, anti-prostatitik (mencegah pembengkakan prostat) dan anti-keradangan. Quercetin dikatakan berupaya menghalang pembentukan saluran darah dari kawasan mengandungi tisu sihat ke kawasan yang terdapat ketumbuhan.

Selain quercetin bawang juga mengandungi beberapa jenis bioflavonoid lain seperti asid caffeic, asid ferulic, rutin, kaempferol dan asid p-coumaric.

Bahan-bahan kimia ini tidak kurang hebatnya dari segi sifat terapeutik yang dikatakan berupaya mempengaruhi kesihatan manusia secara positif.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bawang berwarna merah dan ungu mengandungi paras sejenis bioflavonoid iaitu anthocyanin. Anthocyanin terdapat dalam buah-buahan dengan warna merah dan ungu seperti seperti anggur, delima, manggis, kulit buah pulasan, kulit buah rambutan, buah senduduk dan beberapa jenis beri.

Beberapa kajian menunjukkan anthocyanin berpotensi membantu kesihatan manusia secara positif. Ia memiliki beberapa sifat terapeutik penting seperti anti-keradangan, anti-kanser, anti-diabetes dan anti-bakteria. Ia juga bersifat membantu memelihara saraf.

CEGAH PENYAKIT

Suatu ketika dahulu bioflavonoids dikenali sebagai vitamin P. Vitamin P adalah bahan yang didapati mempunyai kaitan secara kimia dengan sekumpulan bahan kimia dikenali sebagai fenol. Kajian selanjutnya mendapati vitamin P tergolong dalam kategori fenol dikenali sebagai bioflavonoid.

Sejurus tidak beberapa lama kemudian istilah vitamin P digugurkan kerana kajian seterusnya gagal membuktikan bioflavonoid sebagai nutrien perlu (essential). Maksudnya kajian tidak membuktikan ia perlu untuk kehidupan atau diperlukan oleh tubuh bagi mencegah pembentukan penyakit berpunca daripada kekurangan nutrien.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Terdapat beberapa jenis nutrien perlu dalam bawang seperti Zink, fosforus, Kalium, Kalsium dan vitamin C. Walau pun bioflavonoid tidak termasuk dalam kategori nutrien perlu namun ia dikategorikan oleh sebahagian pakar nutrisi sebagai nutrien mikro. Kajian demi kajian menunjukkan bioflavomoid memainkan peranan penting dalam pemuliharaan kesihatan dan pencegahan penyakit.

Seperti mana bawang putih bawang juga mengandungi allicin dan alliin. Kedua-dua jenis bahan kimia ini juga tidak kurang pentingnya untuk kesihatan manusia, yang berkongsi sifat terapeutik utama yang serupa iaitu anti-bakteria, anti-oksidan, memelihara kesihatan hati, merangsang fungsi sistem imun, dan anitumor. Allicin juga memiliki sifat anti-keradangan, anti tekanan darah tinggi serta anti lipid tinggi. Kolesterol dan trigliserida ialah lipid yang dikatakan boleh dikawal parasnya oleh allicin.

Beberapa jenis sebatian mengandungi sulfur seperti antara lain diallyl-disulphide, diallyl-sulfide, diallyl-trisulfide juga bertindak secara sinergi dengan bahan kimia lain yang terkandung dalam bawang. Sifat utama bahan tersebut ialah anti-bakteria, anti-keradangan, anti-tumor, anti-keradangan dan anti kolesterol tinggi. Sifat antivirus dimiliki oleh diallyl-disulphide dan diallyl-trisulfide. Diallyl-disulphide memiliki sifat merangsang fungsi sistem imiun manakala diallyl-trisulfide memiliki sifat antiflu dan merendahkan paras gula.

HUBUNGAN BIOLOGI
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kerana kesuntukan ruang berikut ini, penulis membincangkan manfaat bawang untuk hubungan biologi suami isteri iaitu dengan menggunakan sediaan ubatan tradisional dan diambil dalam bentuk makanan. Masih terdapat dukun patah di kawasan pedalaman menggunakan minyak urut disediakan dengan memasak minyak kelapa yang dicampurkan dengan bawang kecil dan lada hitam yang ditumbuk. Di sebalik bau yang tidak enak, minyak urut bawang (singkatan: minyak bawang) dikatakan antara minyak urut yang mujarab.

Minyak bawang antara lain didapati meredakan bengkak, meredakan kekejangan otot dan membantu melancarkan peredaran darah. Ia juga boleh disapu pada kurap dan panau. Kepada lelaki yang mengalami masalah ereksi dan ejakulasi (pancutan sperma) ia boleh digunakan untuk mengurut alat sulit.

Seseorang yang telah lama berkahwin atau mengalami stres berpanjangan biasanya mudah mengalami masalah ereksi dan ejakulasi. Urutan yang menggunakan minyak bawang dikatakan bukan sahaja berupaya meningkatkan keupayaan berereksi malah meningkatkan kesensitifan pada keseluruhan alat sulit terutama di bahagian kepala. Alat sulit yang sensitif kepada sentuhan meningkatkan keinginan suami untuk terus berdayung dan seterusnya mencapai kemuncak disertai dengan ejakulasi yang lebih baik.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Apakah kebaikan makan bawang mentah dan digabungkan dengan cili api? Ia membantu melancarkan perjalanan darah. Mengambil ulam-ulaman sama ada mentah atau dicelur seperti pucuk beka (Kelantan: beko), pegaga, serai kayu dan kunyit putih dicecah dengan sambal belacan menyediakan diri suami dengan kesempurnaan ereksi dan kesensitifan bukan sahaja pada alat sulit malah boleh dikatakan seluruh tubuh! Bawang mentah dikatakan menambah kepekatan air mani. Isteri yang memakannya juga menerima beberapa manfaat yang positif untuk tujuan hubungan biologi. - Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.