close button

close button

KEPUTUSAN PENUH - Rangkuman Perlawanan Ketiga Piala Malaysia 28 Ogos 2012

http://speakerpecah.blogspot.com


Malam tadi telah berlangsungnya Perlawanan Ketiga Piala Malaysia 28 Ogos 2012. Beberapa keputusan mengejutkan telah dicatatkan. Antaranya Pahang berpesta gol apabila berjaya membenam Sarawak 6-0. Manakala Sime Darby berjaya mengatasi Felda United 3-2 dalam satu perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat. Lain-lain keputusan seperti di bawah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
JOHOR FA 0-0 LIONS XII FC (Kumpulan A)
Dalam satu perlawanan yang berlangsung di Stadium TSDH Hassan Yunos, Johor FA hanya mampu mencatat keputusan seri 0-0 ke atas pendatang baru dalam Liga-M, Lions XII.

JOHOR FC 1-1 PKNS FC (Kumpulan A)
Pasukan kelab dari selatan Johor FC gagal mengekalkan rentak kecemerlangan apabila sekadar seri 1-1 dengan PKNS dalam satu perlawanan yang berlangsunf di Stadium Petaling Jaya.

KEDAH 2-1 TERENGGANU (Kumpulan B)
Kedah berjaya mencatat kemenangan pertama dengan menewaskan naib juara 2011, Terengganu 2-1 di Stadium Darul Aman. Kedah mendahului perlawanan seawal minit ke-10 dan kemudian Abdul Hadi Yahya menyamakan kedudukan pada minit ke-22. Ketiadaan Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi yang mengalami kecederaan memberikan kesan kepada skuad Peteh apabila mereka sekali lagi bolos pada separuh masa kedua sekali lagi menerusi jaringan Khyril Muhymeen.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
ATM 1-1 KELANTAN (Kumpulan B)
Sang Juara Liga Super bertemu dengan Sang Juara Liga Perdana 2012 dalam satu perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang nampaknya berakhir dengan keputusan seri 1-1. Tuan rumah yang menurunkan kesebelasan utama termasuknya penyerang prolifiknya, Marlon Alex James terlebih dahulu berada dihadapan pada minit ke-56. Bagaimanapun, TRW berjaya menyamakan kedudukan menerusi Obina Nwaneri pada minit ke-87.

NEGERI SEMBILAN 0-0 PERAK (Kumpulan C)
Di Stadium Tunku Abdul Rahman, juara bertahan Piala Malaysia, Negeri Sembilan turut mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan pasukan Perak.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
FELDA UNITED 2-3 SIME DARBY (Kumpulan C)
Di Stadium Hang Jebat pula, Sime Darby berjaya mencatat kemenangan pertama selepas menewaskan Felda United yang sebelum ini menang bergaya ke atas Perak pada 25 Ogos lalu.

PAHANG 6-0 SARAWAK (Kumpulan D)
Pahang berpesta gol di laman sendiri selepas menewaskan Sarawak 6-0 dalam perlawanan ketiga Kumpulan D Piala Malaysia 2012. Fauzi Roslan menjaringkan hatrik di Kuantan termasuk jaringan Hafiz Kamal dan Boris Kochkin untuk menewaskan Sarawak 6-0 sekaligus mengutip 7 mata.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
T-TEAM 0-1 SELANGOR (Kumpulan D)
Selangor mencerahkan peluang untuk ke suku akhir apabila mencatat kemenangan pertama 1-0 ke atas T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sekaligus berada di tangga kedua Kumpulan D dengan mengutip 4 mata.

http://speakerpecah.blogspot.com
Gambar - Dunia Sukan Online

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.