close button

close button

KEPUTUSAN PENUH - Rangkuman Perlawanan Kedua Piala Malaysia 25 Ogos 2012

http://speakerpecah.blogspot.com


Malam semalam berlangsungnya perlawanan bagi saingan Piala Malaysia 25 Ogos 2012 yang melibatkan 16 pasukan kesemuanya. Tiga pasukan pilihan iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kelantan dan Negeri Sembilan mencatatkan kemenangan pada perlawanan kedua tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
ATM 2-1 TERENGGANU
Pasukan berstatus kelab, Angkatan Tentera Malaysia merekodkan kemenangan kedua dalam Kumpulan B selepas menundukkan Terengganu, 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Dua gol skuad bimbingan B. Sathianathan itu dijaringkan oleh Marlon Alex James pada minit ke-31 dan 74 manakala gol sagu hati pasukan pelawat dijaringkan oleh Joseph Kalang Tie pada minit ke-76.

KELANTAN 2-1 KEDAH
Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Kelantan bangkit daripada kekalahan kepada Terengganu pada Rabu lepas dengan mengalahkan Kedah, 2-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. Penyerang Kedah, Muhd Khyril Muhymeen mengejutkan pasukan tuan rumah dengan gol pembukaan seawal minit keempat perlawanan sebelum pemain pinjaman dari Kuala Lumpur Mohd Afiq Azmi meledak dua gol pada minit ke-28 dan 46.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
NEGERI SEMBILAN 4-0 SIME DARBY
Juara bertahan Piala Malaysia Negeri Sembilan turut mencatatkan kemenangan selesa, 4-0 ke atas pasukan kelab Lembah Klang, Sime Darby dalam saingan Kumpulan C di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Empat gol skuad Rusa dijaringkan oleh penyerang import mereka dari Cameroon Jean-Emmanuel Effa Owona pada minit kedua, 60 dan 76 serta pemain pinjaman daripada Polis Diraja Malaysia, Khairul Izuan Abdullah pada minit ke-51.

JOHOR FA 1-2 JOHOR FC
Pasukan kelab dari selatan Johor FC turut mencatatkan kemenangan selepas menundukkan 'abang' mereka iaitu Johor dengan keputusan 2-1 dalam Kumpulan A. Dua gol skuad Lebah dijaringkan oleh Shahrizal Mohd Saad pada minit ke-38 dan penyerang import mereka dari Brazil, Arthur Henrique Bernhardt pada minit ke-69 manakala gol sagu hati Johor dijaringkan oleh penyerang import dari Argentina, Juan Muriel Orlando pada minit ke-60.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
LIONS XII FC 3-1 SELANGOR PKNS
Pendatang baru, Lions XII mencatatkan kemenangan pertama dalam kumpulan yang sama selepas mengalahkan PKNS Selangor, 3-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura. Fazli Baharudin membuka tirai jaringan untuk PKNS Selangor seawal minit ketujuh perlawanan sebelum pasukan tuan rumah menyumbat tiga gol menerusi Khairul Amri pada minit ke-11, Shaiful Esah Nain (18) dan kapten pasukan Shahril Ishak pada minit ke-47.

PAHANG 2-2 SELANGOR
Dalam saingan Kumpulan D, pendahulu kumpulan iaitu Pahang terikat 2-2 dengan Selangor di Stadium Shah Alam. [LIVE ASTRO ARENA]

T-TEAM 0-0 SARAWAK
Pasukan kelab dari Terengganu, T-Team turut mencatatkan keputusan seri ketika bertemu Sarawak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
PERAK 2-4 FELDA UNITED
Sementara itu, Perak terus dirundung malang selepas tewas 2-4 kepada pasukan kelab dari Lembah Klang, Felda United di Stadium Perak, Ipoh. [LIVE TV1] - Sinar Harian

1 komen:

  1. perlawanan semakin sengit dan seimbang nampak nya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.