close button

close button

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) Mula Diagih

http://speakerpecah.blogspot.com


Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) yang membolehkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menikmati potongan harga sehingga 60 peratus bagi pembelian barang di premis perniagaan terpilih, sudah mula diagih awal sejak kelmarin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dengan memiliki KDSIM ini, kira-kira 1.5 juta pelajar IPT awam dan swasta boleh menikmati potongan harga berkenaan ketika membeli pelbagai barangan keperluan di lebih 1,200 premis perniagaan, bermula Sabtu ini (1 September 2012).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kad diskaun itu diagihkan secara berperingkat kepada 1.5 juta pelajar untuk fasa pertama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Katanya, ia diberikan secara percuma kepada pelajar tahun satu, dua dan tiga IPT awam serta swasta yang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa bagi peringkat sijil, diploma dan ijazah.

KDS1M dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menyaksikan Penerbangan Malaysia (MAS) dan anak syarikatnya, Firefly serta MASwings turut menyertai program itu dengan memberikan potongan harga tiket penerbangan sehingga 50 peratus.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pemberian kad berkenaan adalah langkah proaktif kerajaan dalam usaha menangani masalah peningkatan kos sara hidup dalam kalangan mahasiswa.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.