close button

close button

Hafiz AF7 Disaman RM200,000

http://speakerpecah.blogspot.com


Penyanyi popular dengan lagu Awan Nano, Hafiz AF7 semalam dikatakan telah disaman oleh bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepadanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Nur Haniza Mohd Azhar, 25, selaku plaintif menamakan Hafiz atau nama sebenarnya Hafiz Mohd Suip, 22, sebagai defendan menuntut ganti rugi kira-kira RM200,000. Beliau memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, menerusi Tetuan Boestaman Ahmad & Co..

Dalam penyataan tuntutannya itu, Nur Haniza mendakwa beliau didatangi Mohd Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika beliau menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan Salih Yaacob Show di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Nur Haniza mendakwa beliau menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasannya tetapi beliau tetap didesak Mohd Hafiz untuk berbincang mengenai suatu perkara. Bagaimanapun, ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Mohd Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, tindakan Mohd Hafiz itu menyebabkannya mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan beliau juga mendakwa penyanyi itu tidak membantunya. Akibat kejadian itu, beliau kini masih merasa sakit pada bahagian kaki kanannya akibat kecederaan yang dialami dan hilang mata pencarian kerana disenarai hitam daripada bekerja untuk rancangan terbitan Astro serta terpaksa menanggung malu selepas kejadian itu yang turut disiarkan media.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Oleh itu, Nur Haniza menuntut gantirugi am, gantirugi khas, gantirugi teruk, gantirugi kehilangan aminiti, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.