close button

close button

Guru Tuisyen Hina Sahabat Nabi Tampil Mohon Maaf

http://speakerpecah.blogspot.com


Beberapa hari lalu kami ada menyiarkan berita mengenai sebuah pusat tuisyen di daerah Ledang yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa menggunakan karikatur dalam nota ringkas subjek Sejarah tingkatan empat menghina para sahabat Nabi Muhammad SAW. Ekoran kejadian itu, tenaga pengajar dari pusat tuisyen berkenaan tampil membuat permohonana maaf, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pengusaha pusat tuisyen, Lim Lee Yee, 26, hadir di Jabatan Pelajaran Johor di sini bersama guru terbabit, Ku Chong Yoong, 22, dan membuat permohonan maaf secara terbuka sambil disaksikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Nor A Ghani.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com

Lee Yee berkata, segala alat bantu belajar serta proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dilakukan oleh setiap tenaga pengajar di pusat tuisyen itu akan dipantau dengan lebih teliti bagi mengelak berulang kejadian sama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Lee Yee, Chong Yoong mengajar subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Subjek Sejarah hanya subjek tambahan yang diajar kepada pelajar tanpa mengambil yuran.

Bagi Chong Yoong, dia sudah meminta semua pelajar memulangkan kembali nota ringkas yang diberikan bagi mengelakkan keadaan bertambah keruh.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya benar-benar ikhlas memohon maaf kepada semua umat Islam di Johor, Malaysia dan seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nor berkata, Jabatan Pelajaran Negeri akan memberi surat peringatan dan amaran kepada pusat tuisyen serta guru terbabit.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.