close button

close button

Ghaddar Digantung Satu Perlawanan, Denda RM2,000

http://speakerpecah.blogspot.com


Pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar telah dijatuhi hukuman digantung satu perlawanan dan denda RM2,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolaspeak Malaysia (FAM) selepas mengaku bersalah dalam insiden pergaduhan dengan dua pemain Selangor pada 29 Jun lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pemain dari Lubnan itu turut diberi amaran keras kerana bertindak menumbuk pipi kiri pemain tengah Selangor, Mohd Bunyamin Umar pada perlawanan Liga Super itu. Dia dituduh di bawah kesalahan 2.4 kod tataetika FAM edis 2012 iaitu tidak mempamerkan semangat kesukanan dengan menggunakan tangan dengan niat mencederakan pemain lawan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dua pemain Selangor, Mohd Amri Yahyah dan Mohd Bunyamin masing-masing digantung tiga perlawanan selain didenda RM1,500 oleh jawatankuasa berkenaan pada Selasa lepas setelah kedua-duanya mengaku bersalah kerana mengasari Mohammed Ghaddar.

Dalam insiden di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, Mohd Bunyamin didakwa menumbuk Mohammed Ghaddar manakala Mohd Amri dikatakan memijak belakang pemain tersebut pada perlawanan yang berpihak kepada Kelantan dengan kemenangan 1-0.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, tiga pegawai Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) masing-masing digantung satu perlawanan dan denda RM1,000 kerana mempertikaikan keputusan pengadil melayangkan kad merah kepada dua pemain Pahang.

Insiden tersebut berlaku ketika perlawanan kalah mati Liga Super menentang Kedah di Stadium Hang Jebat, Melaka, 19 Julai lepas.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tiga pegawai tersebut ialah Pengurus Pasukan Datuk Che Nasir Salleh, Penolong Pengurus Zainal Abidin Hassan dan ahli fisioterapi pasukan Mohd Suhaimi Ramli. - Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.