close button

close button

China Larang Pegawai Dan Pelajar Daripada Berpuasa



XINJIANG - Pihak berkuasa di wilayah Xinjiang, barat daya China di sini melarang para pegawai dan pelajar yang beragama Islam daripada berpuasa pada bulan Ramadhan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tindakan itu mendorong sebuah kumpulan hak asasi memberi amaran keganasan baharu akan berlaku di rantau berkenaan.

Menurut sumber, pekeliling yang disiarkan di beberapa laman web pemerintah meminta pemimpin Parti Komunis supaya menghadkan aktiviti keagamaan Islam sepanjang bulan puasa termasuk berpuasa dan berkunjung ke masjid.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Para pegawai Parti Komunis, kakitangan awam (termasuk mereka yang bersara) dan pelajar dilarang daripada menyertai aktiviti keagamaan pada bulan Ramadan,” menurut pekeliling berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mengikut fakta, Xinjiang dihuni oleh 9 juta etnik minoriti Uighur yang beragama Islam. Penduduk Islam sebelum ini mendakwa sering menjadi mangsa penganiayaan pemerintah China.

Keganasan etnik terburuk di Xinjiang pada 2009 apabila penduduk Uighur menyerang bangsa Han di bandar Urumqi yang menyebabkan 200 orang terbunuh.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.