close button

close button

Cara Dan Panduan Solat Sunat Aidilfitri

http://speakerpecah.blogspot.com


Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, kami ingin berkongsi kepada anda cara-cara dan panduan untuk menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri. Mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin ada yang belum (lemah). Oleh itu, sila baca entri ini sepenuhnya supaya selepas ini solat sunat ini anda kerjakan dengan sempurna.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
PENERANGAN:
Solat Sunat Hari Raya mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua, yang mana dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut. Dan apabila selesai takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa.

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر

أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ

كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ

كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ

اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ


NIAT:

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud: Sahaja aku sembahyang sunat hari raya aidilfitri 2 rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
RAKAAT PERTAMA:
  • Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan doa iftitah. Kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
RAKAAT KEDUA:
  • Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Berbeza dengan Solat Jumaat, khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. Setelah selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.