close button

close button

Akidah - Hukuman Minum Arak

http://speakerpecah.blogspot.com

Entri asal [KLIK SINI]

Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, “Seorang lelaki yang minum arak telah dihadapkan kepada Nabi SAW lalu baginda bersabda, “Pukullah dia”. Abu Hurairah berkata lagi, “Maka dalam kalangan kami ada yang memukul dengan tangan, dengan sepatu dan memukul dengan kain”. Kemudian apakala dia beredar ada dua orang berkata, “Allah telah menghina engkau”, Nabi bersabda, “Jangan kamu berkata demikian, jangan membantu syaitan (berbuat demikian)”.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Huraian Hadith:

  1. Setiap orang yang minum arak wajib dijalankan keatasnya hukum ‘Had’ iaitu disebat di khalayak ramai sebanyak 80 kali sebatan sekiranya disabitkan kesalahan.
  2. Diharuskan orang yang menjalankan hukuman dengan memukul orang yang dihukum.
  3. Islam melarang umatnya menghina orang yang melakukan keburukan atau mendoakan keburukan ke atasnya kerana yang demikian itu seperti membantu syaitan merosakkan orang itu malah yang diperintahkan ialah berdoa kepadanya dengan kebaikan selepas dilaksanakan Had agar dia mendapat taufiq bertaubat dan selamat daripada kehinaan.
  4. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." - Jakim

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.