close button

close button

Akidah - Bersumpah Dalam Perkara Kebaikan



Hadith:
Daripada Aisyah RA katanya, Rasulullah SAW mendengar suara pertengkaran yang kuat dimuka pintu rumahnya tiba-tiba salah seorang meminta supaya dikurangkan hutang dan memohon belas kasihan daripada si pemberi hutang, lalu katanya, “Demi Allah, aku tidak setuju”. Maka Rasulullah SAW keluar kepada kedua-dua lalu bertanya, “Siapakah yang bersumpah tidak akan membuat kebaikan?“ jawab orang itu, “Hamba, wahai Rasulullah SAW”, oleh itu terserahlah kepadanya apa-apa yang dia suka.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Huraian Hadith:

  1. Orang Islam dikehendaki menyelesaikan sesuatu krisis yang timbul antara sesama orang Islam.
  2. Bersumpah dengan nama Allah hanyalah untuk perkara-perkara kebaikan sahaja. Dilarang bersumpah untuk tidak melakukan kebaikan.
  3. Islam menyuruh umatnya supaya bertimbang rasa dan kasihan kepada mereka yang terdesak dan memerlukan pertolongan seperti mengurangkan beban hutang orang yang kurang mampu. -Jakim

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.