Aug 12, 2012

1.5 Juta Pelajar IPTA Bakal Nikmati Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) Mulai September Ini

http://speakerpecah.blogspot.com


Ini mungkin berita yang mengembirakan bagi pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) apabila 1.5 juta diantara mereka akan menikmati kemudahan potongan harga sehingga 60 peratus ketika membeli-belah di pasaraya dan kedai terpilih apabila Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) dilaksanakan September ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penuntut akan mendapat potongan harga 10 hingga 60 peratus di 100 buah kedai terpilih termasuk pasaraya, kedai sukan, kedai cermin mata, kedai buku, kedai makanan segera dan sebagainya dengan kad tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ismail Sabri berkata, perlaksanaan kad itu adalah bertujuan bagi meringakan bebanan para pelajar di samping membolehkan mereka membeli-belah dengan harga jauh lebih murah.

Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera berkata pihaknya juga sedang berunding dengan Syarikat Penerbangan Malaysia dan AirAsia untuk membolehkan kedua-dua syarikat terbabit memberikan potongan harga kepada pelajar. Usaha itu turut diusahakan bagi menarik minat Keretapi Tanah Melayu, bas ekspres dan lain-lain syarikat korporat menyertai skim iTU.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, kad tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan tersendiri yang tertera pada kad metrik pelajar dan sah laku penggunaannya sheingga tamat pengajian mereka.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Selain itu, skim itu meliputi pelajar yang sedang menuntut di Institusi Pendidikan Guru, politeknik dan matrikulasi.

No comments:

Post a Comment