close button

close button

Pusat Tuisyen Didakwa Guna Karikatur Hina Sahabat Nabi

http://speakerpecah.blogspot.com


TANGKAK -  Sebuah pusat tuisyen di sini mencetuskan kontroversi apabila menggunakan karikatur dalam nota ringkas subjek Sejarah tingkatan empat, yang didakwa telah menghina sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW dan baginda.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Difahamkan, nota tersebut digunakan sebagai bahan rujukan bagi bab Kerajaan Islam di Madinah. 

Menurut Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin, dalam nota berkenaan, terdapat 16 gambaran sahabat nabi yang dilukis mencerminkan perwatakan tidak baik. Menurutnya, Pejabat Agama Daerah Ledang (PADL) telah menerima nota tersebut pada 4 Julai lalu selepas seorang lelaki menyampaikannya kepada salah seorang kakitangan PADL.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
“Sebenarnya, nota ini dijumpai seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Tangkak, di tepi longkang sekolahnya.

“Kemudian pelajar itu menyerahkannya kepada guru agama sekolah terbabit, sebelum diserahkan kepada PADL,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Menurut Sulaiman, berikutan penemuan itu, PADL telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ledang pada 26 Julai lalu dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya dengan menutup pusat tuisyen tersebut dan diberikan amaran manakala tenaga pengajarnya diminta meminta maaf secara terbuka.

“Kami bimbang perbuatan individu tidak bertanggungjawab mempermainkan agama Islam ini akan menjadi bertambah serius. Ini yang kami jumpa, yang kami tidak jumpa mungkin lebih teruk.

“Tindakan menghina sahabat nabi samalah seperti menghina Rasulullah SAW. Mereka adalah pejuang Islam,” katanya.






Sumber: SH, KOSMO

1 komen:

  1. ulamak tak kata apa pun.
    pekida & perkasa terus membuta tuli

    ReplyDelete

Powered by Blogger.