close button

close button

Pos Malaysia Tawar Kad Ucapan Perayaan Pada Harga 50 Sen

http://speakerpecah.blogspot.com

Sempena musim perayaan yang akan datang, Pos Malaysia kini hanya mengenakan kadar 50 sen bagi mengepos semua kad ucapan perayaan yang tidak melebihi daripada 50 gram ke semua destinasi dalam negara.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Datuk Khalid Abdul Rahman, tawaran tersebut akan bermula 22 Julai sehingga 16 Februari tahun depan yang meliputi perayaan hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru China.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kadar rata pada musim perayaan itu adalah 16 hingga 28 peratus lebih murah berbanding pos biasa yang beratnya tidak melebihi 50 gram," katanya.

Khalid berkata, orang ramai digalakkan mengepos kad-kad ucapan Hari Raya Aidilfitri sebelum 13 Ogos ini bagi memastikan kad ucapan yang dihantar tiba ke destinasi sebelum sambutan Syawal.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Untuk maklumat lanjut, pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi Pos Malaysia di talian 1-300-300-300 atau di www.pos.com.my atau mendapatkan maklumat lanjut dengan berkunjung ke pejabat pos berdekatan.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.