close button

close button

Piala Java 2012 Ditunda Ke Ogos

http://speakerpecah.blogspot.com


Piala Java 2012 yang dijadualkan berlangsung pada hari ini (26 Julai), terpaksa ditunda selepas pasukan Galatasaray dan Everton menarik diri dari menyertai kejohanan ini di saat-saat akhir.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut CEO PT Liga Pima Indonesia Sportindo (PT LPIS), Widjajanto, semalam, pihaknya telah bermesyuarat dan sebulat suara untuk menunda Piala Java 2012 ke pertengahan bulan depan (Ogos) dan tarikh bermulanya kejohanan akan diumumkan kepada media.

Pihak penganjur masih lagi akan kekalkan format empat pasukan dalam Piala Java ini dimana Indonesia dan Malaysia kekal dan dua lagi pasukan akan ditentukan nanti.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kami akan mendapatkan kelab-kelab lain yang tidak terlibat dalam apa-apa pertandingan lain pada bulan depan," katanya.

Sementara itu ejen perlawanana, Patrick Myaba yang menguruskan Piala Java turut menyatakan bahawa mereka akan menyaman Everton dan Galatasaray kerana menarik diri di saat akhir dan melanggar kontrak.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Everton semalam mengumumkan di laman web rasminya tentang pembatalan penyertaan mereka dalam Piala Java mengatakan bahawa masalah sekuriti, struktur dan hal pembayaran menyebabkan mereka menarik diri.

Namun, pihak penganjur menafikan perkara itu dan menegaskan bahawa segala pembayaran telah dibuat dan pembayaran dituruti.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Indonesia U23 kini sedang diaturkan dan kemungkinan akan diadakan pada 27 Julai ini.









Sumber: ESPNSTAR

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.