close button

close button

Penonton Saman FAM RM776,000

http://speakerpecah.blogspot.com


Seorang penonton yang mengalami kecederaan mata kekal ekoran terkena mercun ketika menyaksikan perlawanan bola sepak pada Julai tahun lalu, semalam telah memfailkan saman RM776,000 terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Ketua Polis Selangor dan dua lagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mangsa, Ahmad Jazimin Mohd Jalaludin, 30, memfailkan writ saman itu menerusi Tentuan N.M Main & Associates di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Menurut sumber, beliau yang juga seorang pereka grafik telah menamakan FAM sebagai defendan pertama, Ketua Polis Selangor sebagai defendan kedua manakala Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga hingga keempat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menerusi penyata tuntutan beliau mendakwa mengalami kecederaan pada mata kanannya ketika menyaksikan perlawanan bola sepak pra kelayakan Piala Dunia 2014 melibatkan pasukan Malaysia dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai tahun lalu.

Menurutnya, ketika kejaidan kira-kira jam 8.45 malam, satu mercun telah jatuh di tempat duduk penonton dan meletup hingga mengenai mata sebelah kanannya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ahmad Jazimin mendakwa pihak FAM gagal mematuhi piawaian dan standard penganjuran perlawanan bola sepak antarabangsa yang ditetapkan oleh pihak Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) sepanjang perlawanan tersebut.

Tambahnya defendan kedua dan ketiga gagal menempatkan anggota polis mencukupi bagi tujuan keselamatan di pintu masuk untuk mengekang percubaan membawa masuk bahan dan objek terlarang ke dalam stadium.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ahmad Jazimin menutut ganti rugi am RM100,000, ganti rugi khas kehilangan upaya pendapatan RM576,000, ganti rugi has RM100,000, faedah, kos dan relif lain.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu peguam Nik Mohamad Anuar Badiruddeen memberitahu pemberita writ saman akan diserah kepada defandan dalam tempoh 14 hari.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.