close button

close button

Nenek Mangsa Buli Terima Sumbangan RM2.21 Juta (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com


NEW YORK - Sebuah laman popular, Indiegogo di internet berjaya mengumpul sumbangan wang tunai sebanyak AS$703,873 (RM2.21 juta) dalam tempoh sebulan untuk didermakan kepada seorang nenek, Karen Klein yang menjadi mangsa buli sekumpulan budak sekolah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kempen mengumpul derma itu telah dimulakan oleh seorang lelaki dari Toronto, Kanada, yang bernama Max Sidorov, 25, di laman tersebut.

"Saya tahu perasaan dibuli dan sepatutnya tiada ada sesiapa pun yang perlu melaluinya," katanya dalam satu temu ramah saluran ABC News bulan lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, sasaran wang yang mahu dikumpulkan ialah sebanyak AS$5,000 (RM15,747) bagi membiayai percutian Klein yang kini berusia 68 tahun. Namun, sumbangan itu melebihi sasaran berikutan lebih 32,000 orang daripada 84 buah negara terus menderma.

Menurutnya, derma itu dilakukan selepas sekumpulan pelajar sekolah memuat naik video di laman Facebook dan YouTube pada bulan lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Video tersebut memaparkan Klein cuba untuk tidak mengendahkan ejekan yang dilemparkan oleh kumpulan budak sekolah berkenaan berhubung berat badannya di dalam sebuah bas sekolah di sini.

Klein berkata, beliau amat menghargai sumbangan tersebut dan merancang sebahagian wang itu akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.