close button

close button

KEPUTUSAN PENUH: Malaysia vs Manchester City 30 Julai 2012 (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com

MALAYSIA 1-3 MAN. CITY

Malam tadi telah berlangsungnya perlawanan melibatkan skuad Harimau Malaya menentang Manchester City dalam satu perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dalam perlawanan yang berlangsung kira-kira jam 9.45 malam itu, skuad negara tewas di tangan pelawat dengan keputusan 1-3.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada separuh masa pertama, pasukan pelawat membuka tirai jaringan seawal minit ke 17 menerusi Sergio Aguero.Dalam pada itu Malaysia terlebih dahulu mendapat peluang untuk menjaringkan gol hasil sepakan percuma yang diambil oleh Adil Zafuan tetapi berjaya di selamatkan oleh penjaga gol Manchester City,Costel Pantilimon. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bersambung pada babak kedua, Manchester City mula garang apabila berjaya menambah gol hasil jaringan daripada Carlos Tevez pada minit ke-48 sebelum Adam Johnson menambah derita skuad negara dengan menjaringkan gol ketiga pada minit ke-52. Permainan dilihat akan berakhir dengan keputusan 3-0, namun dengan kemasukan beberapa pemain gantian antaranya Rozaimi dan Azammudin Akil jelas membuahkan hasil apabila Azammudin sendiri berjaya memecah kebuntuan gol pertama Harimau Malaya pada minit-minit akhir perlawanan.

Berikut merupakan video highlight Malaysia vs Manchester City 30 Julai 2012.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.