close button

close button

Harimau Malaya Jalani Latihan Di Austria Ogos Depan

http://speakerpecah.blogspot.com

Sebagai persiapan bagi mempertahankan Piala AFF Suzuki pada November ini, skuad Harimau Malaya akan diterbangkan ke Vienna, Austria dari 4-16 Ogos ini bagi menjalani latihan. Ianya telah disahkan sendiri oleh ketua jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal dalam satu sidang media perlawanan persahabatan dengan Arsenal FC, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Beliau berkata, seramai 28 pemain akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan dengan kelab profesional di negara berkenaan sepanjang tempoh tersebut.

"Menerusi tiga perlawanan itu, saya harap dapat membuat penilaian mengenai kesebelasan utama untuk Piala AFF Suzuki nanti," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Rajagobal turut berharap empat pemain utama skuad Harimau Malaya iaitu Mohd Safee Sali, Ahmad Shakir Mohd Ali, Yong Kuong Yong dan Khairul Fahmi Che Mat yang kini berdepan dnegan masalah kecederaan mampu pulih secepatnya sebelum bermulanya saingan Piala AFF nanti.

"Kalau boleh, saya mahu menyenaraikan pemain terbaik negara untuk Piala AFF namun kita harus realistik bahawa mereka mungkin akan tercedera sekiranya saya menggunakan khidmat mereka secara berterusan," katanya
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada peringkat awal dalam saingan Piala AFF Suzuki, skuad Harimau Malaya terpaksa berdepan dengan laluan getir apabila diundi bersama naib juara edisi 2010, Indonesia dan juara tiga kali, Singapura dalam Kumpulan B. [LIHAT JADUAL DI SINI]

Turut akan disenaraikan dalam kumpulan berkenaan ialah naib juara pusingan kelayakan yang akan diketahui pada 13 Oktober depan.

Pusingan kelayakan kejohanan itu akan berlangsung dari 5 hingga 13 Oktober di Myanmar dengan format kalah mati melibatkan pasukan Brunei, Kemboja, Laos, Timor Leste dan tuan rumah.

Perlawanan Kumpulan A yang melibatkan Thailand, Vietnam, Filipina dan pemenang pusingan kelayakan akan berlangsung di Stadium Rajamangala di Bangkok manakala saingan dalam Kumpulan B akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, dari 24 November hingga 22 Disember.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Harimau Malaya akan membuka kempen dengan menentang Singapura pada 25 November diikuti naib juara pusingan kelayakan pada 27 November sebelum menutup aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 November.





Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.