close button

close button

Bekas Kapten Kapal Mengaku Allah Dan Nabi (2 Gambar)


AYER KEROH - Tidak cukup dengan kes Ayah Pin dan Abdul Kahar yang suatu ketika dahulu menjadi ketua ajaran sesat, kini timbul pula kes seorang bekas kapten kapal yang mendakwa dirinya Allah dan Nabi akhir zaman. Bagaimanapun, tertuduh, Roslan Abdul Rahman, 44, mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan yang didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Rembia Perkasa, 14, Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah di sini kira-kira jam 3.15 petang kelmarin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mengikut pertuduhan yang dikemukakan, dia didakwa mempersedakan agama Islam dengan menyatakan 'aku mengaku aku Allah' dan 'aku Nabi akhir zaman'.

Roslan dituduh mengikut Seksyen 62, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu mempersedakan agama Islam. Sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih 36 bulan atau kedua-duanya sekali.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketika di mahkamah, tertuduh dilihat tiba-tiba naik berang dan mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menahannya.

“Benda itu (tuduhan wujud) lepas saya ditangkap, lepas semua kecoh. Apa kesalahan saya pada awal ditangkap, atas dasar apa?,” katanya dalam nada tinggi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mohd Asri kemudian menasihatkan tertuduh supaya menjawab soalan sama ada dia faham atau sebaliknya pertuduhan dan menyatakan pengakuan bersalah atau tidak.

Selepas keadaan tenang, tertuduh meminta pertuduhan dibacakan sekali lagi oleh jurubahasa yang mana dia kemudian mengaku tidak bersalah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Bagaimanapun, Pegawai Syarie, Che Zam Zam Che Man memohon tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin dari kalangan ahli keluarga terdekat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tertuduh dalam reaksi spontan dengan nada keras memberitahu tidak mempunyai wang, selain tiada ahli keluarga terdekat.

Mohd Asri membenarkan permohonan Che Zam Zam dan menetapkan 15 Oktober ini untuk sebutan semula.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.