close button

close button

Bekas Isteri Hattan, Farah Othman Saman Blog Hiburan



Bekas isteri penyanyi popular Hattan, Farah Othman memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya beberapa bulan lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Farah Othman atau nama sebenarnya Noorfarashikin Othman, 32, memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lepas melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communication Sdn Bhd sebagai defendan.

Hari ini kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Peguam Nizam Bashir yang mewakili Noorfarashikin memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 10 Ogos ini bagi defendan menfailkan pembelaan dan juga pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutannya, wanita itu antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Noorfarashikin mendakwa pada Januari lepas defendan melalaui laman web hhtp:/www.ohbulan.com/ telah menerbitkan satu artikel.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Beliau berkata artikel itu antara lain bermaksud beliau merupakan seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia.

Wanita itu berkata reputasi peribadi dan profesionalnya telah rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan akibat penyiaran artikel itu.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.