close button

close button

Rita Rudaini Mahu Aidil Beri Alasan Kukuh Isu Permohonan Cerai



Semalan telah berlangsungnya prosiding penceraian melibatkan pelakon Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Pada pertemuan itu, Rita ternyata tidak bersetuju dengan permohonanan penceraian yang dikemukan oleh suaminya dan memohon Aidil memberikan alasan kukuh. Untuk pengetahun semua, Aidil dan Rita tidak pernah berbincang secara bersemuka semenjak pemain bola sepak kebangsaan itu keluar dari rumah 4 bulan yang lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Berikut ialah kata-kata Rita Rudaini:-

Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, maka saya tidak akan bersetuju dengan permohonan cerainya itu. Malah, ketika prosiding berlangsung, dia seperti teragak-agak apabila menjelaskan sebab-sebabnya dan hanya berkata kami sudah tidak serasi. Adakah itu satu alasan kerana sebelum dia keluar rumah, kami tidak bergaduh langsung. Saya masih lagi sayangkan perkahwinan ini kerana kami telah melalui pelbagai dugaan bersama. Tetapi seandainya kami tiada jodoh, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Rita turut berkata yang Aidil merupakan seorang yang tidak berpendirian tetap kerana urusan rumah tangga mereka dicampuri oleh keluarga Aidil.

Saya pelik dengan kelakuannya kerana sebelum ini ketika kami berpisah sekejap dan kembali berdamai, dia telah berjanji akan menjaga rumah tangga kami tanpa sebarang campur tangan daripada pihak lain. Dan tak sangka selepas dia keluar rumah pada awal Januari lalu tanpa pertelingkahan, dia tidak lagi pulang ke rumah. Bagi saya, dia sebagai suami perlu pikul tanggungjawab dan buat keputusan sendiri tanpa pengaruh orang lain.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu Aidil hanya sempat memberikan kenyataan ringkas seperti di bawah:-

Kita tunggu saja nanti, jika ada jodoh, adalah.

Difahamkan, prosiding seterusnya akan berlangsung pada 16 Mei depan dan diharapkan ia dapat diselesaikan segera dengan jalan penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com



Sumber: Beautifulnara

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.