close button

close button

KEPUTUSAN PENUH: Selangor vs Sri Lanka 30 April 2012


SELANGOR 2-0 SRI LANKA


Semalam telah berlangsungnya perlawanan persahabatan melibatkan pasukan Selangor vs Sri Lanka di Stadium Shah Alam. Sri Lanka yang sebelum ini telah dikalahkan oleh Harimau Malaya 6-0, nampaknya ditambah derita lagi apabila skuad Gergasi Merah berjaya berjaya menundukkan skuad negara yang kini berada di ranking ke-181 dunia itu dengan keputusan 2-0.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Selangor yang turun tanpa lima tonggak utama iaitu Bosko Balaban, Asraruddin Putra Omar, K Gurusamy, Bunyamin Omar dan G Jeevananthan nampaknya membuktikan bahawa itu bukan alasan untuk beraksi cemerlang di laman sendiri.

Pada separuh masa pertama, Sri Lanka hampir mendapat gol pendahuluan pada minit ke-10 menerusi Landa Hewage Kavindu yang membuat serangan berbahaya, namun Norazlan Razali berjaya menepis sekali gus menyelamatkan pasukannya sendiri.  Begitu juga dengan skuad Gergasi Merah apabila Solihin Kanasian cuba membuat rembatan namun dihadang penjaga gawang Sri Lanka, Herath Mudiyanselage.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bersambung pada babak kedua, Selangor akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila Amri Yahya menjaring gol pendahuluan pada minit ke-46. Gol setersunya telah dihasilkan oleh Wan Hoesne Wan Hussaian selepas membuat sepakan kaki kiri cantik di depan pintu gol lawan pada minit ke-82. Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan kemenangan berpihak kepada Selangor.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.