close button

close button

Wenger Digantung Tiga Perlawanan

http://speakerpecah.blogspot.com

Pengurus Arsenal, Arsene Wnger telah digantung tiga perlawanan oleh badan induk bola sepak Eropah, Uefa ekoran tindakannya mengeluarkan kata-kata kasar terhadap pengadil ketika kelabnya menentang AC Milan dalam saingan Liga Juara-juara awal bulan lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Wenger dikatakan tidak berpuas hati dengan pengadilan Damir Skomina dari Slovenia yang didakwa sering memihak kepada AC Milan.

Dalam perlawanan tersebut, Arsenal yang menang 3-0 terpaksa akur apabila kalah dari segi agregat 4-3.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, selain didenda €40,000 (RM195,000), Wenger juga digantung daripada melakukan tugas-tugas pengurusan yang membabitkan perlawanan seterusnya.

Hukuman itu merupakan kali ketiga dihadapi oleh Wenger di mana beliau pernah berhadapan dengan hukuman Uefa tahun lalu apabila melakukan kesalahan yang sama selepas gagal di tangan Barcelona.

Wenger sebelum ini yang merasakan akan digantung berkata, beliau akan membuat rayuan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Jika saya digantung, perkara ini tidak akan dibenarkan dan saya akan membuat rayuan," katanya.

Arsenal yang akan turun dalam saingan Liga Perdana Inggeris bertemu Manchester City, Ahad ini dan Piala FA saingan separuh akhir bertemu Everton minggu depan mungkin akan berhadapan dengan masalah besar sekiranya rayuan Wenger tidak berjaya diluluskan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.