close button

close button

Terkejut Temui Ulat Dalam Coklat Keluaran Tempatan

http://speakerpecah.blogspot.com

ALOR SETAR - Geli lagi meloyakan. Itulah yang dihadapai tiga beranak apabila hasrat untuk menikmati coklat yang baru dibeli dari sebuah pasar raya di sini terbantut ketika beberapa ulat keluar dari kepingannya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ahmad Pouzi, 55, bersama isteri dan anaknya mula menyedari keadaan coklat itu apabila membuka lapisan pembungkus coklat ketika berada dalam kereta selepas selesai membeli barangan keperluan harian kira-kira jam 10.50 pagi, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Entah kenapa tiba-tiba timbul perasaan ingin mencuba coklat ini, mungkin kerana keluaran tempatan dan ­diedarkan ke luar negara seperti United Kingdom, Hong Kong serta Singapura sedangkan saya sendiri tidak pernah membelinya ­sebelum ini.

“Sebagai langkah berwaspada ­setiap kali membeli, saya membaca dulu label kandungan coklat, tarikh halal dan yang pastinya tarikh luput coklat itu pada 16 Januari tahun depan,” katanya.

Menurut Ahmad, isterinya sempat memakan sedikit coklat berkenaan kerana belum menyedari kewujudan ulat yang ada pada bahagian bawahnya sebelum berkongsi bersama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Namun, sewaktu saya ingin mematahkan kepingan coklat seterusnya, saya perasan seekor ulat jatuh ke ­tempat ­duduk sebelum membuat ­keputusan memeriksa keseluruhan coklat dan menemui tiga ekor ulat.

“Walaupun sebelum ini pernah ­mendengar kejadian serupa berlaku pada orang lain, namun tak sangka kali ini kami pula terkena,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ekoran kejadian itu, Ahmad berharap pihak pengurusan syarikat yang terlibat lebih prihatin terhadap produk mereka termasuk mengutamakan aspek kebersihan serta memeriksa kembali tarikh luput sebenar coklat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya sendiri sudah tidak berminat untuk membeli coklat jenama ­berkenaan selepas ini. Jika ingin membelinya saya akan mencari jenama lain atau yang biasa dibeli,” katanya.



Sumber: Sinar Harian

1 komen:

  1. dah pernah kena..baca ni..

    http://syahmielias.blogspot.com/2012/04/jumpa-ulat-dalam-coklat-snickers.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.