close button

close button

Siti Nurhaliza Lancar Produk Terbarunya, SimplySiti Eau De Parfum (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com


Akhirnya pengasas  Simply Siti Sdn Bhd, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin telah melancarkan produk minyak wangian terbarunya iaitu SimplySiti Eau De Parfum (EDP), kelmarin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Apa yang menarik mengenai produk ini ialah ia menggabungkan sains dan seni haruman dari Perancis dnegan hasil sentuhan pakar wangian terkemuka Perancis iaitu Joelle Lerious-Patris dari Mane.

"Wangian adalah sebahagian daripada kehidupan manusia terutama setiap wanita yang sememangnya mempunyai fitrah untuk sentiasa kekal cantik, harum dan menarik. 
"Ini adalah satu-satunya wangian yang penuh inovasi kerana ia diformulasikan dengan Plant Betaphroline, menjadikan minyak wangi ini satu-satunya wangian yang boleh membantu pemakainya menjadi lebih harum. 
"Ia juga berkuasa untuk menghilangkan stres dengan merangsang penghasilan endorphin iaitu hormon gembira dalam kulit kita. Dengan itu, formulasi istimewa ini bukan sekadar wangian biasa kerana ia dapat membantu mengekalkan bentuk tubuh badan dan membangkitkan 'mood'."

Dalam pada itu, SimplySiti EDP terdiri daripada tiga jenis wangian iaitu Pure, Precious dan Memoire dan harga bagi sebotol bagi setiap jenis wangian hanya RM69.90.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, SimplySiti turut memperkenalkan konsep berlainan dalam komersil terbarunya dengan memaparkan perspektif lelaki yang menggambarkan siapa wanita idaman mereka.

Antara wajah-wajah jejaka yang muncul dalam komersial produk baru tersebut ialah Penjaga Gol Kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apex), ahli perniagaan muda, SM Khalis SM Zul, Pengarah Ibex Group, Adam Yahya serta Leuniey Natasha.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Berikut merupakan video komersil SimplySiti EDP.


*Leuniey lawa!

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.