close button

close button

Safee Sali & Isteri Sah Bercerai Talak Satu

http://speakerpecah.blogspot.com

SHAH ALAM - Penyerang kebangsaan dan Pelita Jaya FC (Indonesia), Safee Sali dikhabarkan telah menceraikan isteri, Sabarina Yusof dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, Safee seolah-olah melarikan diri daripada media mengenai penceraiannya dan hanya Sabarina saja yang membuat pengesahan itu kepada media.

Kelibat Safee juga pada awalnya di pintu lif mahkamah, namun beliau terus memasuki kereta bersama peguamnya, Ahmad Nazeb Johari.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Alhamdulilah semuanya sudah selesai, saya harap tiada spekulasi lagi antara kami berdua,” kata Sabarina yang ditemani peguamnya, Ezura Nashuha Abdul Hadi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ezura Nashuha menjelaskan bahawa anak guamnya bercerai dengan Safee secara baik selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.

“Safee dan Sabarina bercerai secara baik. Dia melafazkan talak satu terhadap Sabarina di hadapan Hakim Syarie. Mohammad Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya lagi, kedua-dua anak pasangan itu, Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nur Syasya Sofirna, 2, diserahkan dalam jagaan Sabarina, manakala Safee memperoleh hak lawatan mengikut masa yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada November 2011 lalu, Safee telah memfailkan peritnah supaya Sabarina kembali taat kepadanya, bagaimanapun dia menarik semula perintah tersebut minggu lalu untuk menyelesaikannya di luar mahkamah.




Sumber: Sinar Harian

1 komen:

  1. masa susah teringat isteri
    masa senang ingat yang lain..

    lumrah manusia..hanya DIA yang mengetahui

    ReplyDelete

Powered by Blogger.