close button

close button

Ranking Malaysia Di Tangga Ke-156, Kedudukan Paling Buruk

http://speakerpecah.blogspot.com
Kedudukan skuad kebangsaan dalam ranking bola sepak dunia kini semakin merosot apabila jatuh pada tahap paling teruk sejak Januari lalu dengan berada pada kedudukan ke-156.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, Malaysia berada di tangga ke-156 selepas mencapai kedudukan 148 pada Januari, 150 pada Februari dan 152 pada Mac lepas.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, kemerosotan ranking Malaysia adalah berpunca daripada kekurangan perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan skuad kebangsaan.

Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya kini berada standing dengan beberapa pasukan seperti Bangladesh (152), Palestin (153), New Caledonia (154) dan Samoa (155) yang diketahui umum mempunyai kekurangan kemudahan asas bola sepak seperti padang dan peralatan sukan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, skuad kebangsaan berada di tempat kelima di belakang negara Asia Tenggara lain seperti Vietnam berada di tangga ke-97, Thailand (141), Filipina (148) dan Indonesia (151).

Pada peringkat Asia pula, Malaysia jatuh di tangga ke-27 daripada 46 buah negara, berbanding tempat ke-24 bulan lalu.

http://speakerpecah.blogspot.com

Untuk makluman, 24 Julai 2012 ini skuad kebangsaan akan melawan sebuah kelab terkemuka di eropah iaitu Arsenal dalam satu perlawanan persahabatan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Diharapkan perlawanan persahabatan kali ini akan menaikkan lagi ranking skuad kebangsaan di kedudukan yang selesa.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.