close button

close button

Rais Yatim: TV Kerajaan Tak Larang Watak Gay, Lesbian

http://speakerpecah.blogspot.com

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, tidak wujud larangan berhubung watak lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT) dalam mana-mana saluran televisyen milik kerajaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Tidak ada larangan atas mana-mana persembahan seni oleh mana-mana segmen masyarakat termasuk yang disifatkan sebagai lelaki "lembut" (atau kewanita-wanitaan)," katanya dalam Twitter.

Bagaimanapun, pihaknya "masih berhak memilih kandungan yang sesuai untuk penonton memandangkan Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum, agama dan budaya".
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, seseorang lelaki yang dianggap 'lembut' daripada fizikalnya berhak di sisi undang-undang memainkan peranan menerusi hiburan atau pementasan.

Rais berkata, mengikut Perkara 8, Perlebagaan negara, semua pihak mempunyai hak yang sama di sisi undang-undang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Jadi di atas prinsip itu, semua pihak berhak berhiburan, mementaskan sesuatu atau menonjolkan kebolehan kepakarannya dan tidak boleh disisihkan kecuali seseorang itu melakukan jenayah," katanya.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.