close button

close button

Pisang Berbuah Di Tengah Batang

http://speakerpecah.blogspot.com

GUA MUSANG - Kebiasaannya buah pisang akan tumbuh di jantung pisang, namun lain pula berlaku di sini apabila sepohon pisang ditanam seorang peneroka di Rancangan Tanah Felda Chiku, 6, telah mengeluarkan hasil di tengah batang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Husin Yaacob, 52, berkata, pisang jenis kebatu yang ditanam di celah pokok salak berhampiran rumahnya sejak tiga tahun lalu tidak menyangka mengeluarkan hasil di tengah batang yang mungkin sebelum ini belum pernah berlaku kepada orang lain.

Menurutnya, beliau menyedari keanehan pohon itu sekitar akhir bulan lalu ketika sedang membersihan kawasan tanaman salak dan pisang tersebut bersama isteri dan anak-anaknya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Apabila saya ternampak sepohon pisang kebatu itu berbuah di tengah batang, lalu memberitahu jiran-jiran mengenai keanehan kejadian Tuhan hingga ramai yang datang melihatnya,” katanya.

Husin berkata, walaupun buah pisang yang dikeluarkan itu masih kecil, tetapi ia dianggap ganjil dan perlu dibiarkan begitu sahaja untuk tontonan orang ramai.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tambahnya lagi, dia juga tidak berniat untuk menebang pisang tersebut walaupun buahnya tua kerana tidak tergamak untuk memakan berikutan kejadian aneh itu yang tidak pernah berlaku selama ini.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.