close button

close button

Penyokong Terengganu Berang, Serang Kediaman Che Mat Jusoh (2 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com


Ekoran kekalahan Terengganu ketika menentang Sime Darby FC pada 21 April 2012 dan beberapa perlawanan lain sebelum ini, pihak pengurusan Terengganu menerima akibat apabila dikecam hebat oleh penyokong setia pasukan penyu itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Terbaru, rumah Pengurus Pasukan Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh menajdi sasaran oleh kira-kira 100 penyokong pasukan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, ada penyokong bertindak liar dengan membuat kecoh serta membaling batu ke arah kediaman Che Mat di Kampung Panji Alam, di sini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, serangan itu adalah kemuncak bantahan yang dibuat di luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebaik selepas perlawanan Suku Akhir Pertama Piala FA 2012 yang menyaksikan Terengganu tewas 1-2 ke atas Sime Darby FC.

Dalam pada itu, lebih daripada 500 penyokong berkumpul sepanjang laluan keluar dari kawasan stadium berkenaan dengan mengangkat kain rentang dan poster yang meminta Che Mat dan jurulatih Mat Zan Mat Aris meletak jawatan.

Bagaimanapun, kekecohan berjaya dikawal oleh pihak polis yang berada di rumah berkenaan setelah menerima panggilan telefon daripada pengurus pasukan itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Che Mat, beliau berasa kesal dengan tindakan tidak bertamadun segelintir penyokong pasukan termasuk menyerang kediamannya.

http://speakerpecah.blogspot.com

Katanya, dia tidak akan melepaskan jawatannya itu dan tindakan yang dibuat oleh bebeapa penyokong hanya akan memberi kesan negatif kepada pemain.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya terkejut dengan tindakan mereka tetapi saya tidak akan melepaskan jawatan saya sebagai pengurus pasukan dan tidak akan menekan butang panik lagi.

"Para pemain telah mencuba yang terbaik...peminat sebenar sepatutnya menyokong pasukan walaupun ketika pasukan itu menang atau kalah," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Terengganu, ACP K. Manoharan ketika dihubungi berkata, akibat tindakan agresif itu, bumbung rumah pengurus terbabit didapati rosak akibat dibaling objek keras dan ada sebahagian daripada mereka bertindak menekan loceng dan menggegarkan pintu pagar.

Bagagimanapun, tiada tangkapan dibuat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.