close button

close button

Penyokong The Red Warriors Bantah Langkah FAM

http://speakerpecah.blogspot.com

KOTA BHARU - Episod kemarahan penyokong The Red Warriors terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semakin meluak-luak, apabila lebih 500 penyokong mereka mengadakan perhimpunan secara aman di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Perhimpunan tersebut sebagai membantah tindakan badan induk bola sepak kebangsaan itu, yang dilaporkan bakal menggantung Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, ekoran kritikan beliau terhadap prestasi skuad kebangsaan baru-baru ini.

Menurut Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors Kota Bharu, Mohd Zainy Mohd Zain menyifatkan ada individu-individu tertentu yang mahu menyingkirkan Annuar daripada terus memegang jawatan dalam badan induk bola sepak kebangsaan itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Lebih menyulitkan keadaan apabila Tuanku Presiden (Sultan Ahmad Shah) sendiri bertitah dengan mengatakan kesalahan yang dilakukan oleh Annuar itu amat besar.

"Tindakan ini dilihat mendahului keputusan jawatankuasa disiplin yang hanya akan bersidang pada Rabu ini," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Nasib Annuar Musa hanya diketahui apabila Jawatankuasa Disiplin yang diketuai oleh Datuk Taufik Abdul Razak bersidang Rabu ini bagi mendengar pertuduhan yang dikemukan ke atas beliau.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.